Pada 5,6 dan 7 april 2010 baru-baru ini pasukan UMI FC mendapat jemputan daripada PMRAM cawangan Damanhur untuk menjadi sebagai pasukan jemputan di dalam Kejohanan Futsal Piala Pengerusi Damanhur.
PMRAM cawangan Damanhur menjemput 2 pasukan daripada Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) untuk memeriahkan lagi futsal tersebut.
Kedua-kedua pasukan UMI disusun sendiri oleh ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan UMI bersama-sama dibantu oleh orang-orang kuat futsal UMI. Ketua Unit Kebajikan Dan Kemasyarakatan UMI masih mengekalkan nama pasukan iaitu UMI, memandangkan UMI dijemput 2 pasukan maka diberi nama UMI A dan UMI B.
UMI A dianggotai Mohd Zulkifli (import), Izza Ilmi, Mohd Fikri, Muhamad Ismail, Mohd Zulfauzi, Mohd Firdaus dan Azizuddin. Dan pasukan UMI B dianggotai oleh Muhammad Rezman, Mohd Sanusi, Amir Azhar, Mohammad Najid, Muhammad Hafeez, Muhammad Saifullah (import) dan Mohd A’fifi (import).
Semasa peringkat kumpulan, UMI A mendapat 2 kemenangan dan 2 kekalahan dan UMI B mendapat 1 kemenangan 2 seri dan 1 kalah. Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan UMI layak untuk ke peringkat suku akhir dan kedua-kedua pasukan UMI kecundang diperingkat tersebut.
Telah berkata ketua pasukan UMI A “saya percaya kedua-dua pasukan UMI tetap menggerunkan pihak lawan walaupun kami hanya sekadar layak sehingga peringkat suku akhir sahaja”.
“terima kasih kepada semua pemain UMI kerana memberi komitmen dengan cukup baik, apa yang saya lihat pasukan UMI telah meningkat dan makin sukar dikalahkan, apa yang saya harap di masa-masa akan datang pasukan UMI akan melakukan kejutan untuk menjadi juara di dalam pertandingan bola sepak” kata ketua Unit Kebajikan & Kemasyarakatan UMI.
Tambah beliau lagi “saya bagi pihak semua pemain mengucapkan ribuan terima kasih khasnya kepada Ketua UMI dan semua exco UMI kerana telah meluluskan untuk mensponsor 2 pasukan UMI bagi membayar pendaftaran kejohanan futsal tersebut “.
Akhir kalam Majulah Sukan untuk UMI.
0 comments:
Post a Comment