Skuad UMI baru sahaja pulang dari kejohanan Piala Malaysia, anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Pada tahun ini, sekali lagi Zaqazik menjadi tempat perkumpulan kaki-kaki bola seluruh mesir yang berkumpul untuk merebut kejuaraan berprestij Piala Malaysia, kojohanan bola sepak terbesar mahasiswa Malaysia Mesir era ini. Pihak pengendali web sempat menemu ramah ketua pasukan Skuad UMI, Ust Muhamad Ismail sebaik sahaja tiba di bumi Iskandariah. Ikuti temu ramah kami bersama beliau.Web UMI: Assalamualaikum Ustaz…
Muhamad Ismail: Waalaikumussalam…
Web UMI: Boleh ustaz ceritakan serba sedikit sedikit prestasi skuad UMI sepanjang pertandingan Piala Malaysia yang lalu.
Muhamad Ismail: Terima kasih kepada Web UMI kerana sudi menemuramah saya, sebagai ketua skuad UMI ke Piala Malaysia. Tahun ini lawan-lawan kami di peringkat kumpulan sungguh hebat. Mula-mula, kami lawan Pahang. Kami kalah 1-0. Postmoterm awal menyebut ia berpunca dari kelalaian bek UMI yang tidak 'marking' penyerang pahang dengan baik. Lalu menyebabkan Pahang mendapat gol mudah. Gol pertama Pahang datang daripada tendangan sudut. Penyerang Pahang yang tinggi lampai menanduk si kulit bundar masuk ke dalam gol.
Walaupun UMI sebenarya menguasai permainan melawan Pahang, sebab tiada rezeki nak menang, Pahang lah yang menang. Walaubagaimanapun, itu adalah perlawanan terbaik kami. Strategi tersusun dan pertahanan mantap. Sampaikan masa separuh masa pertama, keeper UMI tak pegang bola langsung. 'Goal kick' pun tadak. Nak kata hebat jugaklah skuad UMI ni.
Web UMI: Hebat juga skuad Pak Dam ni yer ustaz. Pak Dam bukan sebarang Pak Dam. Pahang yang kuat hanya dapat sebiji gol saja. Bagaimana pula dengan perlawanan kedua UMI?
Muhamad Ismail: Ermm. Perlawanan kedua UMI bertemu dengan pasukan Melaka. Mereka asak benteng UMI dengan meletakan 3 orang penyerang. Separuh masa pertama UMI tetap mampu bertahan. Sampaikan separuh masa kedua, kesilapan taktikal berlaku. Pemain tengah UMI berganti dengan pemain bek. Disebabkan pertukaran posisi ini, pertahanan umi mudah goyah. Disebabkan itu jugalah, UMI kalah kepada melaka 1-0. Gol mereka biasa saja, tidak cantik mana.
Web UMI: Bagaimana pula dengan perlawanan seterusnya?
Muhamad Ismail: Perlawanan terakhir melawan Zaqazik, UMI turun dengan strategi bertahan. Last bek UMI cedera. Pertukaran posisi hampir keseluruhan tempat dibuat. Keeper asal UMI ditukar kepada keeper simpanan. UMI menggamatkan stadium Zaqziq apabila tidak disangka2 umi dapat menjaringkan gol pertama kejohanan dan gol pertama pada perlawanan itu. Gol pertama, yang seronoknya dalam gol tuan rumah pula. Gegak gempita stadium Zaqazik.
Perlawanan separuh masa kedua, Zaqziq menyerang dengan 4 penyerang dengan formasi 3-2-4. Pasukan UMI akhirnya akur pada separuh masa kedua dek diasak bertalu-talu dan kerana keletihan yang teramat sangat ditambah suhu yang tinggi mencecah 36 darjah C. UMI melakukan 3 pertukaran pemain serentak dan akhirnya, sorang pemain yg baru diganti turut cedera. Posisi tgh umi nampak cacatnya tidak dapat melakukan pergerakkan drpd tgh. Hanya mampu bertahan. Zaqziq akhirnya dapat membolosi gawang umi dengan 2 gol serentak. Kami tewas 2-1.
Web UMI: Boleh ustaz simpulkan keseluruhan kejohanan dan ucapan ustaz untuk semua pemain dan ahli UMI.
Muhamad Ismail: Kami gagal ke pusingan seterusnya kerana kalah semua pertandingan. Namun begitu, kami tetap bangga kerana pulang dengan bekal satu biji gol. Kumpulan lain ada yang tiada gol langsung. Yang penting semangat berpasukan UMI adalah ditahap yang tinggi. Kejohanan seperti ini wajar diteruskan pada masa mendatang.
Keputusan keseluruhan Piala Malaysia anda boleh rujuk di www.bolapmram.blogspot.com Juara piala Malaysia Kelantan. Naib juara Mansurah.dan tempat ketiga Zaqziq yang kami dapat sebiji gol dari mereka.
Akhir kalam, tahniah dan terima kasih untuk semua pemain dan semua ahli UMI yang memberikan sokongan dan semangat agar kami terus maju dan berjaya. Terima kasih sekali lagi.
Web UMI: Terima kasih juga kepada ustaz dan tahniah.



Untuk Laporan penuh dan gambar-gambar lain, sila layari www.bolapmram.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment